Hal-ehwal korporat Microsoft

Struktur korporat

Syarikat ini dipimpin oleh Lembaga Pengarah yang terdiri daripada 10 orang, kebanyakannya orang luar (mengikut adat syarikat awam). Ahli-ahli lembaga pengarah masa kini ialah: Steve Ballmer, James Cash, Jr., Dina Dublon, Bill Gates, Raymond Gilmartin, Reed Hastings, David Marquardt, Charles Noski, Helmut Panke, dan Jon Shirley.[70] Kesemua 10 ahli lembaga dilantik setiap tahun di mesyuarat pemegang saham tahun, dan sesiapa yang tidak meraih majoriti undian mesti menyerahkan perletakan jawatan kepada lemmbaga yang seterusnya menentukan sama ada untuk menerima perletakan jawatan atau sebaliknya. Terdapat lima jawatankuasa dalam lembaga yang menyelia hal-hal lebih terperinci, merangkumi Jawatankuasa Audit (Audit Committee) yang menangani perihal perakaunan dengan syarikat termasuk mengaudit dan laporan; Jawatankuasa Pampasan (Compensation Committee) yang meluluskan pampasan kepada CEO dan kakitangan lain; Jawatankuasa Kewangan (Financial Committee) yang menguruskan hal-hal kewangan seperti mencadangkan penggabungan dan pengambilalihan; Jawatankuasa Tadbir Urus dan Pelantikan (Governance and Nominating Committee) yang menguruskan pelbagai hal-hal korporat seperti termasuk pelantikan lembaga; dan Jawatankuasa Pelantikan Antiamanah (Antitrust Compliance Committee) yang bertanggungjawab menghindari amalan syarikat dari melanggar undang-undang antiamanah.[71][72]

Selain lima jawatankuasa tadi, juga terdapat pelbagai aspek lain dalam struktur korporat Microsoft. Hal-ehwal antarabangsa diuruskan oleh Pasukan Eksekutif (Executive Team) yang terdiri daripada 16 pegawai syarikat di seluruh dunia dan memikul pelbagai tugas termasuk memastikan para pekerja memahami budaya perniagaan Microsoft. 16 pegawai Pasukan Eksekutif termasuk Pengerusi dan Ketua Arkitek Perisian, CEO, Peguam Am dan Setiausaha, CFO, naib presiden kanan dan kumpulan dari unit-unit perniagaan, CEO kawasan Eropah, Timur Tengah dan Afrika; dan ketua-ketua Jualan, Pemasaran, dan Perkhidmatan Sedunia; Sumber Manusia; dan Pemasaran Korporat. Selain Pasukan Eksekutif juga adanya Majlis Kakitangan Korporat (Corporate Staff Council) yang menguruskan semua fungsi kakitangan utama syarikat, termasuk meluluskan dasar korporat. Majlis Kakitangan Korporat terdiri daripada pekerja dari kumpulan-kumpulan Undang-Undang dan Hal-Ehwal Korporat, Kewangan, Sumber Manusia, Pemasaran Korporat, dan Strategi dan Dasar Tinggi di Microsoft. Pegawai Eksekutif lain termasuk Presiden dan Naib Presiden untuk pelbagai bahagian keluaran, ketua bahagian pemasaran, dan CTO, dan lain-lain lagi.[73][3]

Kepelbagaian

Microsoft menggaji ramai pekerja asing di samping pekerja tempatan, dan menentang keras pengehadan visa H1B yang membolehkan syarikat Amerika Syarikat mengambil kerja pekerja-pekerja asing tertentu. Bill Gates mendakwa pengehadan H1B menyukarkan pencarian pekerja.[74]

Logo

Pada 1987, Microsoft menerima guna logonya sekarang yang direka oleh Scott Baker. Menurut majalah Computer Reseller News Magazine Mac 1987, "Logo baru yang bermuka taip Helvetica ini menampakkan huruf o dan s terkerat untuk menegaskan unsur "soft" dalam namanya serta menyampaikan pergerakan dan kelajuan."

Rujukan

WikiPedia: Microsoft http://www.boston.com/business/globe/articles/2005... http://www.burst.com/new/newsevents/pressrelease00... http://www.businessrover.com/news/microsoft_offers... http://money.cnn.com/news/newsfeeds/articles/djf50... http://www.cnn.com/2004/BUSINESS/03/24/microsoft.e... http://news.com.com/PC+market+surged+in+2005,+will... http://www.extremetech.com/article2/0,1697,1151907... http://www.findarticles.com/p/articles/mi_m0EIN/is... http://www.gamespot.com/news/6139702.html http://www.gamespot.com/news/6140998.html